Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
amat penting.Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa.
Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah
menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung
jari sahaja.
Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam
arus pembangunan atau katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah
mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali
mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih
mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan
ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan
pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.
Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat
melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga,
dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup
mendewasakan Malaysia.
Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap.
Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di
persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan
sebagainya menjadi tepat dan cekap.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar